Suatu hari,
kau cuba,
melangkau pemikiran manusia,
pelbagai khilaf mulai menjelma,
sehingga terkadang kau terkapai-kapai,
dalam lautan tak berair,
mulalah kau fikir kau terhebat,
mulalah kau fikir kau segalanya,
mulalah kau fikir kau tuhan,
untuk apa?
untuk disanjung?
untuk dihargai?
atau untuk menempah tiket pacuan ke neraka?
Jika itu yang kau mahu,
Selamat menderita,
Tapi aku mahu tanya pada kau,
kau benci sangat ke pada diri kau,
Sampai kau sanggup lontar dia ke neraka.
Sunday, September 17, 2017
23
Kenapa harus menyalahkan,
sedang diri bersalah,
ya,mungkin jiwa sudah disimen,
dengan budaya penghancuran,
penghancuran apa?
penghancuran eratnya hubungan Islam suatu ketika.
Mahu kata Islam hancur kerana Yahudi?
berhentilah,
sebelum menyalahkan,
sedarlah kesalahan,
Kau bilang Yahudi membawa ke arah binasa,
tapi kau ikut juga,
tak sedar lagi?
kau sucikanlah jiwa,
risau punya demam ego berdarah,
yang bisa buat kau makin gila,
kau punya saudara,
yang risau kau mati dalam ego,
aku tahu kau masih bisa pulih,
jadi ingat,BERHENTI,
menyalahkan selagi kau salah.

Friday, September 1, 2017
22
Suatu pagi yang bening,tangisan kecil menjadi pemecah kedinginan pagi.Di bawah pencahayaan lampu pendafluor hospital,terserlah wajah syukur seorang ibu melihat manusia dalam dakapannya.Terasa hilang segala jerih selama menyimpan manusia itu sembilan bulan dalam kantungnya apabila melihat wajah suci tanpa dosa itu.Bapanya di mana?Entah ke mana.Selepas sahaja mengazankan,terus hilang dari tatapan mata.Ke surau kali,kasihan,penat menanti Sang isteri dan puterinya,ke hulur ke hilir selagi belum mendapat berita.Setelah mendengar tangisan kecil puterinya,indahnya bukan kepalang seolah terawang-awang diri si ayah.Dalam hati terdetik "aku sudah bergelar ayah,"Senyuman manis tak lekang di bibirnya.Namun di hati mulai terpacul satu rasa bahawa saat ini bermulalah tanggungjawab baru yang perlu dipikul.Sang puteri?sudah tenang dalam kehangatan dakapan bonda.Melihat panorama yang tidak pernah dilihatnya selama hidup sebelum ini bergelumang dengan tali pusat dan plasenta.Anak itu,ditimang dengan penuh kasih sayang.Tiada sekelumit pun keluhan yang kedengaran dari mulut Sang ibu.Kerana sayang semuanya tidak jadi penghalang.
Bayi kecil itu kini sudah mampu berkata Mama.Alangkah indahnya dunia melihat Sang Puteri yang membesar dengan sempurna.Segala apa yang dia mahu pasti dipenuhi.Tidak sesekali dibiarkan Sang Puteri menitiskan mutiara dari mata beningnya.Jika difikirkan,ya,orang kaya memang begitu,mudah sekali hidupnya.Anak kecil itu manis sekali dengan senyuman yang terukir di wajahnya.Sudah pastinya setelah mendapat apa yang dia mahu,jika tidak,Rengekan demi rengekan akan kedengaran.
Anak kecil tadi,sudah semakin dewasa,indah sekali wajah bujur tanpa cela.Namun,rupa sahaja tiada guna bagi gadis sunti seusianya.Gadis itu memang terkenal dengan keanggunannya,namun angkuh juga tiada kurangnya.Pergaulan?Pakaian?Entah Muslim atau tidak sebenarnya.Kerna apa?Dengan pakaiannya yang serupa tidak berbaju itu,berpegangan tangan dan berpelukan dengan teman lelaki di khalayak ramai.Apa sudah tidak punya minda?Maruah si gadis anggun sepertinya bagaimana?Dan pada waktu ini,insan yang dipersoal itulah ibu bapa,Insan itu yang beri segala apa yang ada di dunia.Malangnya,insan itu lupa untuk beri isi akhirat kepadanya.Benarlah kata orang,anak itu ibarat kain putih yang suci tanpa dosa,tugas ibu bapalah yang mencorakkannya,jika indah indahlah,jika buruk buruklah.Jadi,ibu bapa,kalian tunggu apa?Apa mahu tunggu Sang Puteri sudah melahirkan anak yang tidak tahu siapa bapa?Lalu menconteng arang di muka kalian yang berstatus besar itu.Apa kalian tidak malu?Berhentilah,anakmu itu masih bisa ditarik kerna tiada istilah terlambat untuk berubah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
tiada tajuk
seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...
-
Cita-cita dan cinta buat kau lupa, bahawa kau ada keluarga, kau ada tuhan pencipta segala cinta dan cita. Kau lupa, dalam kau asyik men...
-
Bumi,Bima sakti. 27 ogos 2017 Ke hadapan manusia, Rentasan serba kekurangan ini aku warkahkan buat kau yang pernah hadir dalam hid...
-
diri kenapa begitu sepi? di mana seri? kenapa perlu bersembunyi? aku sunyi hati kenapa begitu sedih? di mana yang manis? kenapa asy...