Thursday, July 29, 2021

tiada tajuk

 seandainya kamu tahu,

betapa kamu tidak sendiri,

pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari,

seandainya kamu tahu,

ada air mata yang jatuh di saat melihat kamu menangis

pasti kamu sedar bahawa diri itu disayangi.

sungguh, begitu sulit untuk ku meluahkan kata,

menitip nasihat agar kamu tahu jalanmu masih panjang,

tidak mahu kau persiakan dengan luka dan air mata,

kerna setiap lapisan yang kau toreh, setiap perit yang kau tangis,

menyakiti setiap manusia yang mencintaimu seikhlasnya.

Thursday, December 31, 2020

Hujung 2020

Lembaran terakhir 2020,

izinkan aku titipkan beberapa kata buat kamu, 

kamu yang pernah hadir bibitkan rasa bahagia, 

yang berhasil mengukir senyum walau gundah sentiasa di jiwa, 

yang masih bisa melihat pelangi di saat yang lain terlihat mendung,

terima kasih untuk segalanya,

terima kasih kerana terus teguh telusuri hari, 

aku tahu, 

mungkin buat kamu, 

2020 ini memeritkan, 

segala yang kau khayalkan di awal lembaran, 

bertukar tragis apabila virus itu datang menyapa tanpa salam, 

segalanya seolah baru berlaku semalam, 

khayalmu yang penuh bahagia itu,

menjadi 360 darjah berbeza, 

jiwa2 yang dahulunya seperti rama-rama, 

kini dikekang demi kebaikan bersama, 

aku tahu itu perit, 

tapi buku ini, akan tetap tersimpan rapi,

kerana nanti suatu hari, 

setiap lembaran itu akan kau selak kembali, 

dan nanti pada hari itu, 

akan kau ceritakan kepada putera puterimu, 

bahwa kamu juga pejuang, 

meski bukan di barisan hadapan, 

kau pegang obor harapan itu,

di saat yang lain mulai goyah jalani mehnah-mehnah kehidupan.

Monday, March 2, 2020

Entri 1.0

2 Mac 2020,19:19

 بسم الله، الحمد لله ، ثم الحمد لله
Hari ni hari kedua setelah malaysia berkerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Entri hari ini tidak berkisarkan apa2, cuma menunggu detik sebelum hari keputusan SPM kunjung tiba, perasaan yang biasa hadir dalam setiap jiwa pelajar. Sekejap gemuruh itu datang, sekejap hilang dibawa kesibukan dunia hari ini, macam2 khabar berita dapat aku dengar, kebanyakannya dri media massa, dari krisis virus yang masih menjadi tanda tanya sehinggalah kemelut politik negara yang begitu memusingkan kepala. Aku masih lagi begini, menghadap fon menghilangkan bosan cuti panjang.tapi cuti ini semakin kehabisan, tinggal lagi 2 hari sebelum keputusan spm keluar, semoga baik2 saja ya!! 

Monday, January 27, 2020

Bicara rasa 1

Sifarduatujuh, 

Saat ini, dunia sibuk dengan amukan virus yang semakin tular, aku pula masih di sini, melihat satu persatu di dunia maya, ada yang palsu, ada yang pura-pura prihatin dan ada yang terserlah risau. 

Tapi hati aku terusik saat menerima khabar dari teman akan perginya anak saudaranya yang masih kecil, bukan kerana virus yang tular, tetapi mungkin sudah sampai ajal. 

Aku telefon untuk tahu keadaannya.  Tapi aku tahu dia kuat. Aku dengar suaranya mungkin menahan sedih di hati. Tapi akhirnya, air matanya tumpah. Teresak-esak di balik telefon. Umpama merasai peritnya kehilangan yang dia rasa, air mata aku mengalir. Aku tahu, sudah banyak ujian yang dia tempuh. Dia berulang kali katakan kepada aku, bahawa dia tak kuat, dia sudah tidak sanggup kehilangan lagi. Sungguh, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya hati,saat mendengar temanmu teresak-esak menangis sedang kamu tak dapat berada di sisi untuk usap air matanya. Dia cuma minta satu dari aku, doakan dia kuat untuk tempuh segala ujian ini. 

Aku tak mampu selalu ada untuk kamu, tapi aku titipkan doa untuk tuhan kita, supaya jaga kamu untuk aku. 

Wednesday, October 30, 2019

Satu rasa

Aku pernah,
Memberi hati kepada yang tidak pernah ada di dalam hatinya,
Secebis ruang untuk kumenumpang,
Aku akhirnya sakit sendiri,
Kerana kebergantunganku pada ruang yang palsu,
Jiwaku begitu kontang,
Rapuh dek duri yang tak lekang menusuknya
Aku mencari dan terus mencari,
Jalan keluar daripada penjara rasa ini
Yang menyulitkan setiap inci hari
Aku menangis lagi
Terpaku di lautan sepi
Kosong tiada erti.

Wahai hati,
Kau bertahan sedikit sahaja lagi,
Kita sama-sama tempuhi hakikat ini.



Friday, August 3, 2018

dari hati

Sahabat
perpisahan tidak lagi lama
kini cuma menghitung masa
membawa diri ke setiap benua
mengejar impian dan cita-cita.

Sahabat
hadirnya kita di dunia
untuk melestarikan umat
jangan kau porak-porandakan
umat yang sekarangnya tenat.

Sahabat
belajarlah menyayangi
dan sebarkanlah kasih sayang

Friday, April 20, 2018

gelisah

Melewati hari-hari biasa
segalanya bahagia
sehingga suatu ketika
aku dirudum rasa
gelisah dan kecewa
dengan manusia
yang buat aku tersenyum tawa
mungkin silap aku juga
ingin sekali dihargai
hingga diperlaku sebegini
mungkin takdir ini tidak aku tahu tahu
kerna tuhan sudah tentu
yang terbaik buat aku.

Tuhan
andai sesuatu itu baik bagi aku
kau lapangkanlah jalan itu
jika tidak
kau tabahkanlah hatiku
semoga aku lupa
gelisahnya mimpi dunia.

tiada tajuk

 seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...