Saat ini, dunia sibuk dengan amukan virus yang semakin tular, aku pula masih di sini, melihat satu persatu di dunia maya, ada yang palsu, ada yang pura-pura prihatin dan ada yang terserlah risau.
Tapi hati aku terusik saat menerima khabar dari teman akan perginya anak saudaranya yang masih kecil, bukan kerana virus yang tular, tetapi mungkin sudah sampai ajal.
Aku telefon untuk tahu keadaannya. Tapi aku tahu dia kuat. Aku dengar suaranya mungkin menahan sedih di hati. Tapi akhirnya, air matanya tumpah. Teresak-esak di balik telefon. Umpama merasai peritnya kehilangan yang dia rasa, air mata aku mengalir. Aku tahu, sudah banyak ujian yang dia tempuh. Dia berulang kali katakan kepada aku, bahawa dia tak kuat, dia sudah tidak sanggup kehilangan lagi. Sungguh, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya hati,saat mendengar temanmu teresak-esak menangis sedang kamu tak dapat berada di sisi untuk usap air matanya. Dia cuma minta satu dari aku, doakan dia kuat untuk tempuh segala ujian ini.
Aku tak mampu selalu ada untuk kamu, tapi aku titipkan doa untuk tuhan kita, supaya jaga kamu untuk aku.
No comments:
Post a Comment