Tanggal 11 Januari 2016, aku dipertemukan dengan seorang insan yang aku gelarkan sebagai sahabat.Pertama kali aku lihat wajahnya adalah ketika dia mengintaiku di sebalik celahan tingkap kamar.Aku seakan terpegun seketika.Aku bingung,apa yang dia mahu?Aku bertanya kepada kawanku yang lain,tentang empunya badan yang asyik mengintaiku.Setelah mendapat penjelasan daripada kawanku, baru aku tahu dia ingin menjadi kawanku.
Di saat itu,aku mulai menyedari kesungguhannya dan mengikat tali ukhuwah dengan berkenalan dengannya.Dari hari ke hari, aku semakin kenal hati budinya dan kami semakin akrab.Kami akan ke mana-mana bersama.Terkadang dia mengirimkanku beberapa helai nota yang terisi soalan dan nasihat.Aku semakin terharu.Aku akhirnya terjumpa seorang insan yang sanggup terima aku seadanya.
Suatu hari,dia mengirimkanku sepucuk surat.Aku hairan.Aku mulai membaca bait-bait surat itu satu persatu.Lama-kelamaan setitis mutiara jernih jatuh malah semakin deras.Perasaanku semakin sebak.Surat itu tertulis tentang persahabatan dan terselit hadis-hadis yang membuatkanku terharu.Waktu itu aku semakin yakin dia akan setia dengan aku dan menjadi sahabatku dunia akhirat.
Namun kesetiaan yang aku bayangkan itu tidak kekal lama,dia semakin mengabaikanku.Hatiku bagai terhiris,pilu.Sehingga kini aku masih terfikir,mengapa dia sanggup buat aku begini?Lama-kelamaan aku tahu dia kini bersahabat dengan teman baik yang menjadi tempatku menangis dan mengadu.Kebahagiaan yang sebentar dirampas tanpa aku sedari.Hatiku sekali lagi bagai dicarik beribu kali.Kesetiaan yang aku bayangkan cuma angan-angan.Pertemuan yang indah diakhiri dengan perpisahan yang penuh kesakitan.Namun,aku redha.
Mungkin aku tak seperti dirinya tapi aku harap dia tahu aku adalah aku dan bukanlah dia.Walaupun api cemburu menguasai diri ketika ku lihat keakraban mereka berdua,aku sabar kerana aku tahu sengsaraku takkan lama,kelak bahagia pasti ada.kalaulah dia masih sahabatku....aku mahu dia tahu,aku tak janji untuk jaga dia seumur hidup aku tapi aku doakan dia bahagia....harapanku cuma satu,aku harap kali ini dia lebih setia...
Tuesday, February 21, 2017
8
Dalam menempuh pancaroba dunia,
ramai yang terhenti di tengah jalan
ramai berlumba-lumba mengejar yang tiada guna
ramai yang lupa dan alpa siapa diri mereka sebenarnya.
Terkadang aku penat,
penat dengan segala karenah manusia
apa yang mereka mahu sebenarnya
tidak cukupkah rezeki yang melimpah
nikmat yang sentiasa ada
tinggal di dunia cuma sementara
namun gaya manusia seperti hidup selamanya.
Aku penat,
mendengar segala bualan kosong manusia
yang lebih manis berbanding gula
sehingga terkadang aku sendiri terpesona
dan terjatuh ke lembah kedustaan.
Aku penat,
mempercayai manusia yang tak pernah setia
kasih dicurah seperti tiada harga
kesetiaan dibuang bagai sampah
agaknya itu hakikat kehidupan
yang penuh sengsara dan derita
Aku penat,
aku mahu rehat
berhenti dan keluar daripada segala dusta dunia
tujuan aku cuma satu
mencari bahagia dan insan yang setia
akhirnya kembali menghadap-Mu Maha Esa.
ramai yang terhenti di tengah jalan
ramai berlumba-lumba mengejar yang tiada guna
ramai yang lupa dan alpa siapa diri mereka sebenarnya.
Terkadang aku penat,
penat dengan segala karenah manusia
apa yang mereka mahu sebenarnya
tidak cukupkah rezeki yang melimpah
nikmat yang sentiasa ada
tinggal di dunia cuma sementara
namun gaya manusia seperti hidup selamanya.
Aku penat,
mendengar segala bualan kosong manusia
yang lebih manis berbanding gula
sehingga terkadang aku sendiri terpesona
dan terjatuh ke lembah kedustaan.
Aku penat,
mempercayai manusia yang tak pernah setia
kasih dicurah seperti tiada harga
kesetiaan dibuang bagai sampah
agaknya itu hakikat kehidupan
yang penuh sengsara dan derita
Aku penat,
aku mahu rehat
berhenti dan keluar daripada segala dusta dunia
tujuan aku cuma satu
mencari bahagia dan insan yang setia
akhirnya kembali menghadap-Mu Maha Esa.
Thursday, February 16, 2017
7
Dalam satu haluan mengejar cita yang tak pernah pudar,
terkadang ada kekurangan juga kelebihan,
mungkin kekurangan buatmu dihina,
mungkin kelebihan buatmu alpa,
tugasmu cuma satu,bersyukur.
Mungkin benar kata orang,
manusia sekarang cuma pandang rupa,harta,pangkat semata
yang cantik dihargai
yang buruk dicaci
yang berharta disanjung
yang miskin dikurung
yang berpangkat merasuah
yang di bawah dianggap tiada maruah
yang bijaksana dipandang
yang bodoh dibuang
yang benar pasti dikupas kesalahan
yang salah berterusan disalahkan
satu sahaja manusia tidak tahu
semuanya ada kelebihan
tiada yang dicipta sia-sia
dan kau perlu tahu,kau istimewa
terkadang ada kekurangan juga kelebihan,
mungkin kekurangan buatmu dihina,
mungkin kelebihan buatmu alpa,
tugasmu cuma satu,bersyukur.
Mungkin benar kata orang,
manusia sekarang cuma pandang rupa,harta,pangkat semata
yang cantik dihargai
yang buruk dicaci
yang berharta disanjung
yang miskin dikurung
yang berpangkat merasuah
yang di bawah dianggap tiada maruah
yang bijaksana dipandang
yang bodoh dibuang
yang benar pasti dikupas kesalahan
yang salah berterusan disalahkan
satu sahaja manusia tidak tahu
semuanya ada kelebihan
tiada yang dicipta sia-sia
dan kau perlu tahu,kau istimewa
Subscribe to:
Posts (Atom)
tiada tajuk
seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...
-
Cita-cita dan cinta buat kau lupa, bahawa kau ada keluarga, kau ada tuhan pencipta segala cinta dan cita. Kau lupa, dalam kau asyik men...
-
Bumi,Bima sakti. 27 ogos 2017 Ke hadapan manusia, Rentasan serba kekurangan ini aku warkahkan buat kau yang pernah hadir dalam hid...
-
diri kenapa begitu sepi? di mana seri? kenapa perlu bersembunyi? aku sunyi hati kenapa begitu sedih? di mana yang manis? kenapa asy...