Tuesday, February 21, 2017

8

Dalam menempuh pancaroba dunia,
ramai yang terhenti di tengah jalan
ramai berlumba-lumba mengejar yang tiada guna
ramai yang lupa dan alpa siapa diri mereka sebenarnya.

Terkadang aku penat,
penat dengan segala karenah manusia
apa yang mereka mahu sebenarnya
tidak cukupkah rezeki yang melimpah
nikmat yang sentiasa ada
 tinggal di dunia cuma sementara
namun gaya manusia seperti hidup selamanya.

Aku penat,
mendengar segala bualan kosong manusia
yang lebih manis berbanding gula
sehingga terkadang aku sendiri terpesona
dan terjatuh ke lembah kedustaan.

Aku penat,
mempercayai manusia yang tak pernah setia
kasih dicurah seperti tiada harga
kesetiaan dibuang bagai sampah
agaknya itu hakikat kehidupan
yang penuh sengsara dan derita

Aku penat,
aku mahu rehat
berhenti dan keluar daripada segala dusta dunia
tujuan aku cuma satu
mencari bahagia dan insan yang setia
akhirnya kembali menghadap-Mu Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

tiada tajuk

 seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...