Friday, April 28, 2017

14

    hembus angin perlahan melanggar susuk tubuhku.sejuk dan penuh kedinginan.sukar untuk diungkap dengan perasaan.diriku kosong,tiada perasaan.mungkin sudah hancur dengan pengkhianatan,mungkin sudah mati dengan penipuan,atau mungkin sudah hilang kepercayaan.aku masih tidak faham dengan manusia.mungkin benar kata pepatah"rambut sama hitam,hati lain-lain".tapi aku buntu,kenapa aku masih perlu lihat mereka gembira,mungkin kerana aku tak sanggupmelihat tertitisnya air mata derita mereka.tapi,siapa kisah tentang aku?siapa kisah melihat air mataku yang setiap detik mengalir?aku tidak faham kenapa aku masih lagi mahu lihat mereka ketawa gembira sedang aku menangis derita.

    bayu dingin yang menghembus semakin tidak dirasai.mungkin kerana api amarah semakin memenuhi kalbu.namun,apa daya diri sudah dikuasai.aku selalu bertekad dalam hati untuk fikirkan diriku dan berhenti berpegang pada kata "biar aku sengsara asal mereka bahagia" dari kamus hidup aku.tapi aku masih tak mampu,aku tak kuat,aku sakit dipandang hina.aku sedar aku tak seperti mereka,tapi,aku tak mahu diperlaku seperti sampah.aku masih punya perasaan untuk disayangi.namun aku tidak berdaya,aku redha,dan aku tahu aku lahir bukan untuk takluk dunia tetapi untuk mengubahnya menjadi lebih baik.

kenangan
menyingkap sejuta rasa
yang tak pernah terkubur dengan masa
tetap segar dalam benak fikiran
mampu melawan dugaan mendatang.

kenangan
membawa pengalaman
memberi keindahan
menyimpan bahagia
juga menyemat derita
tidak patut dilupa
sebagai pedoman hari mendatang.





Friday, April 21, 2017

13

apabila mayapada berubah gila
semua manusia bertindak kejam
si adiratna sudah hilang cemidunya
si bahadur menjadi baghi
waktu teja jadi sasaran
buat manusia yang sudah perlip
adakah mereka buta
kewajipan yang tersedia
melebihi segala waktu yang ada

kini
tiada yang gegau dengan musibah
dan masih gontai untuk berubah
semuanya majuh mencari cinta
daripada manusia

sedarlah ajal pasti jelau
dan tidak akan menunggu kita
berusahalah mencari adan
bukan asyik dengan godaan

12

diri
kenapa begitu sepi?
di mana seri?
kenapa perlu bersembunyi?
aku sunyi

hati
kenapa begitu sedih?
di mana yang manis?
kenapa asyik menangis?
aku letih

hidup
kenapa begitu suram?
di mana keamanan?
kenapa perlu hilang?

namun,terima kasih tuhan
kerana ada di saat ku susah dan senang.

ya tuhan
mampukah aku
menggapai kembali bintang
menerangkan kembali yang kelam
menyinari kegelapan
dengan diriku yang serba kekurangan?

ya tuhan
aku takut untuk bangun
kerna risau nanti aku jatuh
tekadku masih belum kukuh
semangatku juga masih belum utuh.

ya tuhan
jikalau hatiku membenci
kau sinarkanlah dengan kasih
jikalau hatiku parah
kau suburkanlah pengubat duka
ampunkan aku tuhan
sering terlupa akan kasihmu.

11

hati,
hati ini sakit,perit, dan penuh derita
hati ini menyimpan sejuta hempedu siksa
hati ini kurang gula-gula gembira
kerna manusia
cuma tahu memperlekeh tanpa usul periksa
cuma tahu meninggi diri setinggi-tingginya
cuma tahu menjaga ego yang meliputi atmosfera dunia
langsung tidak mengenal kecewanya orang lain
yang sentiasa jatuh
yang bangunnya tiada pergantungan
cuma tuhan tempat lepaskan rindu
cuma tuhan tempat memohon kasih

manusia
sudah tiada hati,sudah miskin jiwa
segala yang kemas tersimpan
dirungkai sebagai pencetus sengketa
apa sudah hilang rasa cinta?
suatu hari kau pasti tahu
betapa peritnya satu pengharapan palsu.


10

pemimpin,
dihujani seribu amanah,
dibanjiri sejuta tanggungjawab,
sifar penghargaan,
namun dititip infiniti kritikan.

pemimpin,
diselaputi kekuatan,
topeng bahagia seribu kegunaan,
tutupi segala kesakitan,
dan kritikan yang pasti mendatang.

pemimpin,
hebat dalam berbicara,
tak semua hebat dalam amalnya,
kebanyakan cuma tahu mengarah,
namun melenting jika diarah.

9

Walau seribu cara diatur,
tidak semua dipandang tinggi,
terkadang perkara yang dibuat,
diberi penghormatan kepada insan lain,
walau perit sekali di jiwa,
namun apa daya,
redha sahaja jawabnya.

Hari,
perkara yang sama terjadi,
dengan manusia yang tak pernah puas dengan dunia,
dengan persahabatan yang tak pernah setia,
dengan insan yang tak pernah benar katanya,
cuma tahu memuji berlebihan di depan,
dan mengutuk habis-habisan di belakang,
terkadang manusia ini sukar ditafsir,
penuh muslihat dan tipu daya,
tidak tahu mahu gelar apa?
mungkin satu,
Syaitan bertopengkan malaikat.


tiada tajuk

 seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...