hati,
hati ini sakit,perit, dan penuh derita
hati ini menyimpan sejuta hempedu siksa
hati ini kurang gula-gula gembira
kerna manusia
cuma tahu memperlekeh tanpa usul periksa
cuma tahu meninggi diri setinggi-tingginya
cuma tahu menjaga ego yang meliputi atmosfera dunia
langsung tidak mengenal kecewanya orang lain
yang sentiasa jatuh
yang bangunnya tiada pergantungan
cuma tuhan tempat lepaskan rindu
cuma tuhan tempat memohon kasih
manusia
sudah tiada hati,sudah miskin jiwa
segala yang kemas tersimpan
dirungkai sebagai pencetus sengketa
apa sudah hilang rasa cinta?
suatu hari kau pasti tahu
betapa peritnya satu pengharapan palsu.
Friday, April 21, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tiada tajuk
seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...
-
Cita-cita dan cinta buat kau lupa, bahawa kau ada keluarga, kau ada tuhan pencipta segala cinta dan cita. Kau lupa, dalam kau asyik men...
-
Bumi,Bima sakti. 27 ogos 2017 Ke hadapan manusia, Rentasan serba kekurangan ini aku warkahkan buat kau yang pernah hadir dalam hid...
-
diri kenapa begitu sepi? di mana seri? kenapa perlu bersembunyi? aku sunyi hati kenapa begitu sedih? di mana yang manis? kenapa asy...
No comments:
Post a Comment