Aku memandang ke arah dunia yang semakin menyusahkan,sambil bayu menghembus lembut sisi badanku.Fikiranku kucar-kacir dengan karenah manusia.Pelbagai spekulasi yang memancut keluar dari benak fikiranku.Kacau dengan kesempurnaan yang diinginkan manusia.Semakin lama semakin panas pula jiwaku.Segala apa yang ku lakukan masih tidak menepati citarasa manusia durjana.Hatiku bergolak,penuh sembilu.
Diriku sudah penat menjadi manusia, asyik dicucuk hidung tanpa aku sedar.Semakin rebah dengan gelora manusia,yang tak pernah sudah dengan kesempurnaan.sudah liat otakku berfikir tentang hidupku.Titisan demi titisan mutiara keluar dari pancaindera mataku.Pembaziran yang ketara.Namun,siapa kisah? Cuma itu yang bisa aku lakukan,menghabiskan air mata,aku harus pastikan pembaziran yang ku lakukan ini tidak akan lama kerana aku lahir untuk menjadi seorang pejuang bukan petualang.
Sunday, July 16, 2017
Sunday, July 2, 2017
18
Sahabat,
adakah tujuan kau hadir dalam hidupku,
untuk melengkapkan bahagia,
atau untuk meninggalkanku ,
di saat aku mulai sayang.
Sahabat,
jika benar kamu menyayangiku,
di mana kamu di saat aku perlu,
di mana kamu di saat aku sendiri,
di mana kamu di saat aku jatuh,
di mana kamu di saat aku hilang arah tuju.
Sahabat,
aku tunggu kamu hadir,
menceriakan kembali hariku,
namun,semakin aku tunggu,
semakin jauh kau pergi,
maafkan aku sahabat,
aku tidak sanggup menunggu lagi.
adakah tujuan kau hadir dalam hidupku,
untuk melengkapkan bahagia,
atau untuk meninggalkanku ,
di saat aku mulai sayang.
Sahabat,
jika benar kamu menyayangiku,
di mana kamu di saat aku perlu,
di mana kamu di saat aku sendiri,
di mana kamu di saat aku jatuh,
di mana kamu di saat aku hilang arah tuju.
Sahabat,
aku tunggu kamu hadir,
menceriakan kembali hariku,
namun,semakin aku tunggu,
semakin jauh kau pergi,
maafkan aku sahabat,
aku tidak sanggup menunggu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
tiada tajuk
seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...
-
Cita-cita dan cinta buat kau lupa, bahawa kau ada keluarga, kau ada tuhan pencipta segala cinta dan cita. Kau lupa, dalam kau asyik men...
-
Bumi,Bima sakti. 27 ogos 2017 Ke hadapan manusia, Rentasan serba kekurangan ini aku warkahkan buat kau yang pernah hadir dalam hid...
-
diri kenapa begitu sepi? di mana seri? kenapa perlu bersembunyi? aku sunyi hati kenapa begitu sedih? di mana yang manis? kenapa asy...