Monday, January 30, 2017

6

Tatkala langit mulai menghitam,
suatu petanda jatuhnya kejernihan
yang menyucikan kembali bumi yang mati
agar hidup segar menampung insan.
Setelah titisan kejernihan berhenti,
terpancut tujuh jaluran spektrum istimewa
setiap satunya ada gula yang tersendiri.

Begitulah,
seketul daging merah yang mulai menghitam
memerlukan setitis kejernihan
agar kembali bertenaga
membantu diri yang hampir mati
agar kembali subur
dan mengeluarkan spektrum warna,
yang ceriakan diri dan suasana
yang menabur cita untuk terus mengejar
jaluran keindahan.
apabila ditusuk sembilu,
mampu dihapus segala keperitan.

Itulah anugerah dari-Nya
daging yang betul-betul cekal
menempuh cabaran
mencari cinta-Nya di sebalik cita-cita yang mulia.
Daging yang dipanggil hati,
jika tersilap baja
kelak memakan diri sendiri.
hati yang subur
mampu membantu diri
mengorak langkah menutur seni
agar sentiasa hidup menjadi manusia sejati
yang mempunyai akhlak terpuji
di sebalik keindahan wajah yang bersemi. 

5

Aku,
memang tidak sempurna
memang sering buat insan tersiksa
kerna aku mencari teman yang setia.
memang aku dibenci,
memang aku kejam,
aku leka,
aku khilaf,
aku terjerat dalam amukan cinta durjana,
aku cuba
putar kembali
waktu bersama teman yang memahami,
tapi itu dulu
sekarang,
aku terbeban dengan silapku sendiri
yang tak pernah bisa aku padam dengan kegembiraan
aku rindu akan coklat silamku
yang aku sia-siakan tanpa usaha
kini,ku insan lemah
yang dibelenggu penyesalan
diikat dengan amarah
dan aku cuba untuk lepaskan diri
aku tak mampu kembali silam
namun aku tak sanggup ke masa depan
mungkin aku dibenci
tapi aku cuba untuk menyayangi
kerna aku tahu kepahitanku takkan lama
selagi aku sabar,
kemanisan akan ku temui jua.

4

Satu perjalanan,
membawa erti satu tonggak perjuangan,
perjalanan yang tidak pernah terhenti
untuk mencari tempat istirehat dunia
kerna yakin tempat yang sebenar untuk mereka yang berjalan
menujunya adalah syurgawi.

Dunia,
suatu tempat pejuang
ditinggalkan sementara,
mencari bekalan untuk meneruskan jalan seterusnya.
terkadang seseorang mabuk dengan keindahannya
terkadang insan tidak mahu melepaskannya
kerana sudah berkuasa sehingga lupa yang Maha Kuasa.

Jangan kau lupa wahai insan,
dunia cuma persinggahan
bukan untuk kau terus mabuk bersamanya
bukan untuk kau bersama selamanya
kerana perjalanan masih jauh untuk kau,
umat akhir zaman.

Sunday, January 29, 2017

3

Cita-cita dan cinta buat kau lupa,
bahawa kau ada keluarga,
kau ada tuhan pencipta segala cinta dan cita.

Kau lupa,
dalam kau asyik mengejar cita-cita,
ada keluarga yang menunggu untuk dihubungi.
Dalam kau leka merasai nikmat percintaan sesama insan,
kau lupa untuk mencari kemanisan iman,
kelazatan beribadah,kekhusukan solat,
dan pintu taubat yang sentiasa menunggumu bertaubat.

Sedarlah,dunia semakin tua,
akhirat tidak lagi lama,
insaflah wahai generasi pembangun ummah,
sebelum rohmu sampai di kerongkong,
sebelum dirimu diajar untuk melafazkan kunci syurga,
sebelum dirimu dijemput pulang,
lupakanlah sebentar,kemabukan cinta dunia,
kerna dunia cuma persinggahan,
untuk kau bawa bekalan yang cukup,
dalam menempuh alam seterusnya.

2

Srikandi,
Kau digelar sebagai penyeri dunia
namun,kau gunakan dirimu untuk mengejar,
perhatian jejaka yang tidak pernah puas,
melayan nafsunya terhadapmu
kau leka,kau lupa
bahawa kau dicipta untuk membantu sang suami,
berjuang membangun ummah.

Mungkin,
Kau tidak setulus Khadijah,
Kau tidak selembut Aisyah,
Kau tidak sekhusyuk Rabiatul Adawiyah,
Kau tidak sekental Khaulah,
Dan Kau juga tidak setabah Fatimah.

Mungkin juga,
imanmu tidak seteguh srikandi pada zaman Rasulullah,
tapi kau wanita akhir zaman,
yang sedang berusaha menandingi bidadari syurgawi,

Duhai wanita,
Tinggikanlah malumu,
Tundukkanlah pandanganmu,
Kuatkanlah tekadmu,
Kerna sesungguhnya engkau mampu.

1

Setiap hari dipenuhi cabaran dan ujian
untuk kita belajar jadi kuat,tabah dan sabar
agar segalanya mampu ditangani.

Namun,
terkadang terasa jatuh dan tersungkur
terasa bagai tiada harapan lagi untukku teruskan hidup
kerna ku cuma insan yang lemah
dan hanya mampu berpaut pada-Mu.

Andai kata ku jauh dari-Mu,Kau dekatkanlah
Andai kata ku banyak melupai-Mu,Kau ingatkanlah
Andai kata ku mencintai makhluk lebih daripada-Mu,
Kau panggillah
kerna terkadang aku tersungkur di tengah jalan,
sebelumku sampai di perhentian yang sebenar.

Aku cuma insan yang memerlukan bantuan dari-Mu
agar ku tidak leka,lalai,dan lupa.

tiada tajuk

 seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...