Sunday, January 29, 2017

2

Srikandi,
Kau digelar sebagai penyeri dunia
namun,kau gunakan dirimu untuk mengejar,
perhatian jejaka yang tidak pernah puas,
melayan nafsunya terhadapmu
kau leka,kau lupa
bahawa kau dicipta untuk membantu sang suami,
berjuang membangun ummah.

Mungkin,
Kau tidak setulus Khadijah,
Kau tidak selembut Aisyah,
Kau tidak sekhusyuk Rabiatul Adawiyah,
Kau tidak sekental Khaulah,
Dan Kau juga tidak setabah Fatimah.

Mungkin juga,
imanmu tidak seteguh srikandi pada zaman Rasulullah,
tapi kau wanita akhir zaman,
yang sedang berusaha menandingi bidadari syurgawi,

Duhai wanita,
Tinggikanlah malumu,
Tundukkanlah pandanganmu,
Kuatkanlah tekadmu,
Kerna sesungguhnya engkau mampu.

2 comments:

  1. sangat menyentap hati dan membuatkan saya telah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..tq :)

    ReplyDelete

tiada tajuk

 seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...