Bumi,Bima sakti.
27 ogos 2017
Ke hadapan manusia,
Rentasan serba kekurangan ini aku warkahkan buat kau yang pernah hadir dalam hidupku tanpa diundang dan pergi tanpa alasan.Entah mengapa,hati kecilku ini terdetik kembali untuk mengingatimu.Barangkali rindu.Rindu dengan kerenah girangmu.Aku tahu,kita kenal tidaklah lama.Kau datang tiba-tiba,kau pergi juga tiba-tiba.Hati aku pula jadi hiba.Kau tahu bukan,aku sayang kau.Aku sudah anggap kau bagai adik aku sendiri.Namun,aku tiada daya untuk menghalang kau pergi.Mungkin punya hikmahnya kita terpisah di sini.Aku tahu kau sudah punya teman lain.Tidak mengapa,tuhan telah takdirkan jalan hidup kita berbeza.Kau ke sana aku tetap di sini.
Kau ingat lagi detik bersama kita yang sementara itu?Ke mana-mana pasti bersama.Bak kata orang "Seperti belangkas lagaknya".Ya,seperti kau dengan teman kau kini.Aku lihat segalanya.Mungkin kau lihat aku seolah tiada rasa.namun aku punya hati tiada yang boleh baca.Memang,aku tidak tunjukkan penderitaan aku pada kau.Tapi itulah,aku cuba lupakan kau daripada aku menjadi seperti orang yang kurang akalnya menunggu manusia seperti kau.Untuk makluman kau,aku hampir berjaya dan aku kini sudah menerima yang kau akan bahagia jika tidak bersama aku.
Kau hebat manusia.Kau mampu buat aku kecewa.Mantap sekali.Kau tahu,kau sahabat pertama aku dan kau membuatkan aku serik untuk bersahabat kerna aku fikir semua sahabat sama macam kau.Aku bodoh sebenarnya.Percaya pada manusia seperti kau.Aku mahu tanya pada kau.Kenapa ya,kau muncul dalam hidup aku tiba-tiba?Benar,mulanya aku sangat mempercayai kau.Aku percaya kau manusia yang sanggup menerima kelemahanku dan menemaniku menghabiskan sisa hidupku di dunia namun itulah kerna percaya,aku sekali lagi didusta.Kalau dulu,aku amat berharap yang kau akan tarik aku dari lohong hitam neraka.Tapi kini,aku juga tidak pasti.Tapi,terima kasih juga tinggalkan aku.Kini aku jadi seperti rama-rama tahu,bebas tak perlu fikirkan yang lain,terutama manusia seperti kau.Terakhirnya,kalau kau baca warkah yang akan kunoktahkan ini,aku mahu pesan satu perkara,jangan terlalu sayang,nanti tatap wajahnya juga kau tak mahu.Macam kau dan aku.Semoga bahagia manusia
Salam pengakhiran,
Yang kau tinggalkan.
No comments:
Post a Comment