Aku pernah,
Memberi hati kepada yang tidak pernah ada di dalam hatinya,
Secebis ruang untuk kumenumpang,
Aku akhirnya sakit sendiri,
Kerana kebergantunganku pada ruang yang palsu,
Jiwaku begitu kontang,
Rapuh dek duri yang tak lekang menusuknya
Aku mencari dan terus mencari,
Jalan keluar daripada penjara rasa ini
Yang menyulitkan setiap inci hari
Aku menangis lagi
Terpaku di lautan sepi
Kosong tiada erti.
Wahai hati,
Kau bertahan sedikit sahaja lagi,
Kita sama-sama tempuhi hakikat ini.
Wednesday, October 30, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
tiada tajuk
seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...
-
seandainya kamu tahu, betapa kamu tidak sendiri, pasti kamu tak sanggup meninggalkan parut di walau hanya di jari, seandainya kamu tahu, ad...
-
Suatu hari, kau cuba, melangkau pemikiran manusia, pelbagai khilaf mulai menjelma, sehingga terkadang kau terkapai-kapai, dalam lautan ...
-
hembus angin perlahan melanggar susuk tubuhku.sejuk dan penuh kedinginan.sukar untuk diungkap dengan perasaan.diriku kosong,tiada perasa...